Pengenalan
Puan Teeba A/P Solamalai @ Solaimalai
Penasihat
Puan Teeba A/P Solamalai @ Solaimalai kini adalah Timbalan Ketua Puteri Kongres India Se-Malaysia (MIC) Kebangsaan dan Ketua Puteri MIC Negeri Johor. Selain itu, beliau juga merupakan penerima anugerah Dewan Muda Johor bagi tahun 2021 dan juga Peguambela Belia untuk Matlamat 5-Kesaksamaan Gender Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selain itu, Puan Teeba juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Aminah Johor. Beliau adalah Penceramah Antarabangsa untuk Persidangan Belia Sedunia yang diadakan pada tahun 2016 di New Delhi, India dan beliau telah dianugerahkan sebagai Penceramah Terbaik untuk “Parlimen Belia India Malaysia” anjuran 1MISM pada tahun 2012. Beliau juga merupakan wakil UKM untuk projek mobiliti (Korea Selatan) pada tahun 2011.
Puan Teeba memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009-2013 dan kini berkhidmat sebagai seorang peguam.
Puan Teeba dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Johor (Portfolio Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Johor – Belia) pada Mei 2022.