Kisah Kami

Sepatah dua kata

Kisah Kami

NEXT GEN LINK ialah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang “LINK” semua generasi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan sekurang-kurangnya menggunakan masa satu jam seminggu dalam aktiviti khidmat masyarakat

“Melalui NEXT GEN LINK, kami melakukan yang terbaik untuk mengembangkan tanggungjawab sosial kepada remaja dan para belia. Kami amat mengharap generasi muda ini dapat menyampaikan sifat baik ini dari generasi ke generasi.”

En. Notty Ong,
Pengasas
I = Integriti
Amalkan kejujuran dan berpandukan prinsip moral yang kuat.
S = Servis
Untuk mendorong para belia untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat
Kenapa memilih kami?

Nilai Teras Kami

NEXT GEN LINK mempunyai nilai teras iaitu I-SERVE. Pendekatan kami adalah amat mudah.
Mengapa NEXT GEN LINK menjadi pilihan anda?

Sebab kami memilih untuk menyumbang kembali kepada masyarakat!

E = Empati
Untuk mendorong para belia mengenal pasti keperluan masyarakat
R = Respect (Hormat)
Saling menghormati tidak kira status individu
V = Visi
Merancang masa depan masyarakat terutamanya masyarakat generasi akan datang
E = Enthusiasm (Keghairahan)
Keghairahan mengenai masalah masyarakat dan masalah sosial
GERAKAN 14

Apa yang kita lakukan?

Kami menggunakan 1 jam seminggu, 4 jam sebulan untuk menyumbang balik kepada masyarakat kita. Sebarang penyumbangan dana ke pusat kami amat dialu-alukan dan sumbangan baik anda akan membantu keluarga dan individu yang memerlukan.

Konsep NEXT GEN LINK bermula dengan sekumpulan sukarelawan yang memberi sumbangan balik kepada masyarakat  1 jam seminggu dan 4 jam sebulan untuk membantu golongan masyarakat yang mengalami kesusahan dalam kehidupan mereka. Kami percaya bahawa GERAKN 14  akan mempengaruhi dan mendorong semakin banyak sukarelawan belia untuk turut serta dalam aktiviti sukarelawan kami. Pada masa yang sama, kami mensasarkan untuk membantu sekitar 100 keluarga dan individu pada tahun 2021.

Melalui NEXT GEN LINK, kami membantu mengumpulkan dana daripada orang ramai dan menyumbang kepada keluarga dan individu yang memerlukan pada setiap bulan. Keadaan yang dihadapi keluarga dan individu berbeza-beza, termasuk kehilangan pasangan, anggota keluarga yang menderita disebabkan penyakit serius, orang tua yang tinggal sendirian, ibu tunggal dengan anak-anak yang hidup dalam kesusahan, kehilangan pendapatan secara tiba-tiba disebabkan faktor-faktor tertentu seperti pandemik COVID-19, dan individu yang berpendapatan bawah RM1500 (B40). Bantuan yang ditawarkan oleh sukarelawan kami dapat membantu mereka yang mengalami kesusahan dalam kehidupan untuk bertahan dalam masa yang sukar ini dan memberi mereka sokongan kepada mereka.

Rakan Kerjasama Kami

Estewind Builder SDN. BHD. (1262523-K)

0

error: Content is protected !!
//